Wednesday, February 15, 2012

Dapatkan Kulit Muka yang Cerah + Produk Best

Assalamualaikum you all.


Hai.. hari nie Sara penat sangat la sebab banyak kerja rumah
nak settle kan. i mean house chores, bukan homework. hehe.
berpeluh-peluh sampai baju pun kena tukar, eww.
lepas tu terus lepak bilik tak keluar-keluar. online sahaja. ugh.


Tadi ada jugak try masak-masak hehe. tapi spoil la, bila Sara
rasa nak masak, mesti bahan tu takde. so jangan la kata Sara pemalas
masak tau, statement kejam tuuuuuuuu. ahahahahaha. kidding-kidding.


Well hari ni Sara nak share sikit barang yang Sara sapu kat muka
untuk kulit yang cerah. but, Sara tak kate la muka Sara cerah sangat.
Sara ni coklat. ramai orang tak berpijak di bumi yang nyata tau.
kalau kulit badan natural warna coklat, takkan la bahagian muka
boleh jadi putih macam Nora Danish. melainkan produk korang guna ada
peluntur/bleach yang melunturkan warna kulit korang kaw-kaw punya.
so maksud Sara kat sini ialah muka Sara dah tak berbelang lagi
disebabkan pemakaian tudung. warna kulit muka sama la dengan warna
kulit kat leher, gitu lah yang seeloknya. bukan muka putih melepak
badan tak cerah. salah tu. boleh cancer kulit tau.






Ni la dia produk pencerah yang Sara pakai sekarang. alah femes la brand die.
actually dulu-dulu nie jela yang ada pun. still bertahan kat Malaysia ni.
siap ada packaging baru lagi. still can go la.
dulu-dulu waktu lepas akil baligh (ehem) ade la jugak terasa nak
pakai benda-benda kat muka. Sara selalu beli Fair & Lovely trial pack aje.
ahahaha. dah abis, beli trial pack lagi. senang nak sorok, takot mak marah.


Dulu-dulu Sara sapu lepas mandi laut, sebab kulit jadi gelap kan?
memang best Fair & Lovely ni, kesan die cepat. cuma dah lama tinggal.
sebab pemalas. sekarang si comot ni dah sedar, baru nak terhegeh-hegeh
cari Fair & Lovely. nak putih sikit ler. sebab ada kawan mak cakap,
''jangan berjemur sangat, nanti harga turun'' aih makcik ni, takot aku tau.
Sara cuma grab Fair & Lovely ni sebab dulu Sara pakai, berkesan. sekarang
insyAllah la kesan positif jugak nanti. harga pun murah je bawah RM10.
yang penting takde peluntur/bleach yang boleh undang cancer.





Well produk hari ni Sara tak ulas banyak. brand femes.
(mood berubah) bye.

1 comment:

  1. Dulu saye ade pakai pencuci muka fairy&lovely lepas tu muka jadi mngelupas,trus stop..tapi adk kate nmpk putih sikit..memng kesan produk tu akn buat kulit kite mngelupas ke..??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...