Tuesday, January 31, 2012

Tips Panjangkan Rambut Dengan Cepat + Produk Best

Assalamualaikum semua.


Hai belum habis lagi gembira nyer, Sara baru je lulus
ujian memandu Sara siang tadi. i got my driving licence. yay!!
hehe. syukur, tak payah repeat-repeat pun. sapa-sapa
ada nazar tu, cepat-cepat la tunaikan ye?


Okay hari nie Sara nak kongsi tips best untuk sapa-sapa
nak panjangkan rambut dengan cepat. janggut dan misai pun boleh.
(Sara tak ada janggut, misai? err..jangan sibuk!!)


Beberapa bulan lepas Sara beria-ria betul nak panjangkan
balik rambut Sara sebab dah tersilap potong, dan akhirnye
kena potong pendek T_T tak sanggup tengok cermin tau sob sob.
banyak review Sara bace kat internet. ada macam-macam tips.
ada orang pakai petua nenek moyang, pakai serai bagai (?)
malas betul. ada yang suruh urut-urut kepala. pun malas.
suruh pakai minyak bon pun ada. oh yes, Sara penah lumur
minyak bon kat rambut Sara. sangat desperate okay. HAHAHA.
paling tak boleh blah ada yang buat lawak bodoh suruh pakai
rambut palsu. haih sabar jela.





Actually rambut Sara ikal, nanti Sara nak rebond.
tapi Sara nak tunggu panjang dulu sebab rasa rugi
rebond kalau rambut pendek. hehehe. serius cantik kot
rambut panjang macam atas nie! hai rambut, cepat-cepat la panjang
ye sayang, tak mau malu-malu. huh, perempuan gila.
well Sara ada sesuatu nak kongsi.





Nama benda ni, Zam Zam Hair Oil. harga tak lebih dari RM5.
terlalu murah rasa nyer. pergi je kedai runcit India,
konfem jumpa. Kedai Runcit Muthu, Kedai Runcit Alagappas ke..
hahahaha. mesti ada punya. tak payah malu-malu ye.
okay, cakap pasal bau.. bau dia bagi Sara wangiiii sangat.
tak perli tau, dia bau bunga cempaka. baru Sara perasan,
kawan-kawan India kat sekolah Sara tu rambut diorang semua
bau minyak ni. tu pasal rambut diorang cepat panjang, hitam pastu lebat.
terbukti kan? minyak ni murah je. tak payah beli syampu mahal-mahal tu,
chemical je semua tu. minyak ni dibuat dari bunga-bunga dan herba India.


Sara pakai lama dah. dua bulan. Sara pakai 3kali seminggu,
waktu tidur. bantal kena alas la, taknak bau melekat kan.
pagi tu Sara basuh, ya Allah hitam nyer rambut. padahal
rambut Sara merah kot, Sara inai. ''bertuah'' betul la minyak nih.
so pengajaran nyer minyak ni boleh menangani masalah rambut beruban lah.
rambut Sara dah tak gugur-gugur macam dulu. makin sihat la. herba kan.
sebenarnyer Sara lagi suka rambut sihat daripada rambut panjang yang
asyik gugur. rambut sihat cepat panjang ye kawan-kawan.


Kalau try Google pasal minyak rambut Zam Zam ni, semua respon
memang positif, Sara dah check semua thread, forum and macam-macam la.
semua kata minyak ni bagus. memang recommended la. cume komplen bau je.
hehe. ala kita sapu, lepas tu tido la. apa masalah nya. bukan nak berjalan.
bangun pagi boleh terus basuh bersih-bersih dengan syampu. rambut dah cantik.
dalam masa 4 bulan, rambut akan cepat panjang. kena rajin je.


Jangan harapkan kesan cepat. takda produk yang boleh
panjangkan rambut dalam 1 malam. kalau macam tu, takut la
orang hahaha. see you next time

Saturday, January 28, 2012

Cara Mengatasi Masalah Kulit Muka Berminyak + Produk Best

Assalamulaikum ladies.


Sara lupa Sara ada blog. ahaha tu pasal lama tak update. sebulan.
okay hari nie Sara nak cerita pasal moisturiser BEST yang Sara pakai.
ingat tak post sebelum nie, yang Sara kata Sara comot? ahahaha. funny.
um, Sara nie jenis kulit muka berminyak, i mean EXTREMELY OILY.
so kalau petang-petang tu korang ada jumpa Sara, korang akan ingat
Sara ni spotlight/cermin/atau kuali goreng telur. Kecuali gambar bawah ni:





Tu kebetulan Sara stay indoors. so Sara nampak perfectly matte! yay!!
then Sara ada review beberapa pelembap muka khas untuk kulit muka berminyak.
and i found this:





moisturiser ni best sangat!! nie lah pelembap muka untuk kulit berminyak
yang terbaik !! Sara bagi 8 stars out of 10. harga dia Sara lupa sebab
hari ni dah masuk sebulan Sara beli. dah sebulan Sara pakai.
harga tak sampai RM30 pun. Sara beli kat Guardian dan Sara percaya
Neutrogena Oil-Free Moisture nie available kat serata Malaysia.


walaupun kulit kita brminyak, kulit kita perlukan pelembap tau, penting!
sebab pelembap bagi air kat muka, bukan minyak. kalau kulit kering tak cukup
air, muka akan cepat kedut. ha! semua orang taknak muka berkedut cepat.
tapi, kena pilih pelembap yang sesuai dengan muka berminyak kita, sebab
kebanyakan moisturiser/pelembap, diorang ''oil-based'' tapi kita perlukan
yang ''water-based'' punya.. kita nak bagi air kat muka, bukan minyak ye.


Sebulan dah Sara pakai pelembap Neutrogena, tapi first time Sara
sapu kat muka, terus nampak kesan positif tau!





Ya!! baru sapu dah nampak kesan. dia cepat serap, jadi dah boleh terus
pakai bedak. lepas tu muka Sara dah tak kilat dah.
selalu nyer tengah hari je, dah berminyak..tak payah tunggu petang la.
sekali pump je, sapu kat MUKA dan LEHER. kalau nak muka je, pump separuh.
moisturiser ni sebenarnya untuk combination skin.
iaitu berminyak di T-zone, kering di U-zone.
moisturiser ni control minyak di kawasan T-zone, dan lembap kan U-zone.
double action lah, tu pasal ladies kena ada benda ni :)


Okay thats all for now, Sara akan tulis banyak lagi review pasal
health products yang Sara pakai. but don't worry,
products yang Sara tulis kat sini semua available kat Malaysia,
dan harga tercapai dek akal la. hehe. Sara student je, kena pandai
pilih barang yang berkualiti dan murah. see you next time
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...