Saturday, February 25, 2012

Erm. Why I Post This?


Setiap pagi sebelum bersarapan,Tungku Marzi binti Tungku Ismail
akan merebus segenggam manjakani menggunakan periuk tanah.
Apabila rebusan itu mendidih di tuang airnya ke dalam cawan.
Lebihannya direbus semula selama dua jam bagi menghasilkan
pati menjakani yang pekat,yang akan digunakan membersihkan
alat sulit.Selepas mandi,Tungku Marzi menyapu air rebusan
yang telah sejuk itu ke seluruhbahagian muka,lalu dibiarkan
kering sendiri."Emak juga mengajar saya membuat bedak daripada
manjakani.Caranya mudah,asah buah itu pada belakang pasu,
campurkan sedikit minyakzaitun,"tambahnya lagi memulakan cerita
kehebatan manjakani. Menurutnya lagi,selain jerawat tidak akan
tumbuh,kulit menjadi licin."Itulah mekap saya sejak berusia
10 tahun hingga ke hari ini,"tambah TungkuMarzi, yang mesra
dengan panggilan Mak Ungku atau Mama."Sebulan sekali-seminggu
sebelum haid-saya minum segelas airnya.untuk hilangkan
senggugut"tambah Mak Ungku.


Mak Ungku kemudiaan menurunkan amalan itu kepada
semua anak perempuannya.Hasilnya bukan saja dia tampak
muda berbanding usia,bahkan semua anak perempuannya
awet muda belaka.Selepas mendirikan rumah tangga,
Mak Ungku mengubah aturan-minum air manjakani segelas pagi
dan segelas petang,tiga kali seminggu.
"Lebih elok lagi manjakani yang direbus tadi tidak
dibuang,sebaliknya jadikan ulaman.Khasiatnya untuk menegang
dan mengetat mana-mana yang longgar,"kata Mak Ungku.
"Ramaiisteri hanya tahu manjakani untuk yang satu itu,
tapi sebenarnya banyak lagi gunanya.ia menjadikan kita sentiasa
awet muda,silap-silap kalah anak dara,"terang Mak Ungku sambil ketawa terkekeh-kekeh.Menurut Mak Ungku,manjakani adalah anugerah berharga buat
wanita terutamanya untuk menjaga keharmornian rumah tangga,
selain ubat pelbagai sakit puan seperti keputihan,senggugut,
tiada keinginan seks dan banyak lagi.Mak Ungku mengaku,
kesan manjakani memang dapat dirasai dengan cepat,
berlainan herba tradisional lain yang mempunyai beberapa
kesan sampingan.Bahkan semakin kerap diamalkan
semakin banyak dan cepat kesannya.


Namun begitu,menurut Mak Ungku,semasa remaja penggunaannya agak
terbatas."Anak dara tak boleh minum airnya sesuka hati,
ditakuti mandul."Manjakani menyempitkan yang longgar.
Kerana itulah semasa belum berumah tangga,ia digalakkan
untuk kegunaan luaran sahaja,"tambah Mak Ungku lagi.
"Tapi untuk tujuan perubatan seperti merawat keputihan,
senggugut dan membetulkan putaran haid dibolehkan anak dara
mengambilnya,itu pun hanya sebulan sekali.
Airnya pula janganlah pekat sangat,cairkan sedikit,"terang Mak Ungku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...