Tuesday, January 31, 2012

Tips Panjangkan Rambut Dengan Cepat + Produk Best

Assalamualaikum semua.


Hai belum habis lagi gembira nyer, Sara baru je lulus
ujian memandu Sara siang tadi. i got my driving licence. yay!!
hehe. syukur, tak payah repeat-repeat pun. sapa-sapa
ada nazar tu, cepat-cepat la tunaikan ye?


Okay hari nie Sara nak kongsi tips best untuk sapa-sapa
nak panjangkan rambut dengan cepat. janggut dan misai pun boleh.
(Sara tak ada janggut, misai? err..jangan sibuk!!)


Beberapa bulan lepas Sara beria-ria betul nak panjangkan
balik rambut Sara sebab dah tersilap potong, dan akhirnye
kena potong pendek T_T tak sanggup tengok cermin tau sob sob.
banyak review Sara bace kat internet. ada macam-macam tips.
ada orang pakai petua nenek moyang, pakai serai bagai (?)
malas betul. ada yang suruh urut-urut kepala. pun malas.
suruh pakai minyak bon pun ada. oh yes, Sara penah lumur
minyak bon kat rambut Sara. sangat desperate okay. HAHAHA.
paling tak boleh blah ada yang buat lawak bodoh suruh pakai
rambut palsu. haih sabar jela.





Actually rambut Sara ikal, nanti Sara nak rebond.
tapi Sara nak tunggu panjang dulu sebab rasa rugi
rebond kalau rambut pendek. hehehe. serius cantik kot
rambut panjang macam atas nie! hai rambut, cepat-cepat la panjang
ye sayang, tak mau malu-malu. huh, perempuan gila.
well Sara ada sesuatu nak kongsi.





Nama benda ni, Zam Zam Hair Oil. harga tak lebih dari RM5.
terlalu murah rasa nyer. pergi je kedai runcit India,
konfem jumpa. Kedai Runcit Muthu, Kedai Runcit Alagappas ke..
hahahaha. mesti ada punya. tak payah malu-malu ye.
okay, cakap pasal bau.. bau dia bagi Sara wangiiii sangat.
tak perli tau, dia bau bunga cempaka. baru Sara perasan,
kawan-kawan India kat sekolah Sara tu rambut diorang semua
bau minyak ni. tu pasal rambut diorang cepat panjang, hitam pastu lebat.
terbukti kan? minyak ni murah je. tak payah beli syampu mahal-mahal tu,
chemical je semua tu. minyak ni dibuat dari bunga-bunga dan herba India.


Sara pakai lama dah. dua bulan. Sara pakai 3kali seminggu,
waktu tidur. bantal kena alas la, taknak bau melekat kan.
pagi tu Sara basuh, ya Allah hitam nyer rambut. padahal
rambut Sara merah kot, Sara inai. ''bertuah'' betul la minyak nih.
so pengajaran nyer minyak ni boleh menangani masalah rambut beruban lah.
rambut Sara dah tak gugur-gugur macam dulu. makin sihat la. herba kan.
sebenarnyer Sara lagi suka rambut sihat daripada rambut panjang yang
asyik gugur. rambut sihat cepat panjang ye kawan-kawan.


Kalau try Google pasal minyak rambut Zam Zam ni, semua respon
memang positif, Sara dah check semua thread, forum and macam-macam la.
semua kata minyak ni bagus. memang recommended la. cume komplen bau je.
hehe. ala kita sapu, lepas tu tido la. apa masalah nya. bukan nak berjalan.
bangun pagi boleh terus basuh bersih-bersih dengan syampu. rambut dah cantik.
dalam masa 4 bulan, rambut akan cepat panjang. kena rajin je.


Jangan harapkan kesan cepat. takda produk yang boleh
panjangkan rambut dalam 1 malam. kalau macam tu, takut la
orang hahaha. see you next time

Saturday, January 28, 2012

Cara Mengatasi Masalah Kulit Muka Berminyak + Produk Best

Assalamulaikum ladies.


Sara lupa Sara ada blog. ahaha tu pasal lama tak update. sebulan.
okay hari nie Sara nak cerita pasal moisturiser BEST yang Sara pakai.
ingat tak post sebelum nie, yang Sara kata Sara comot? ahahaha. funny.
um, Sara nie jenis kulit muka berminyak, i mean EXTREMELY OILY.
so kalau petang-petang tu korang ada jumpa Sara, korang akan ingat
Sara ni spotlight/cermin/atau kuali goreng telur. Kecuali gambar bawah ni:





Tu kebetulan Sara stay indoors. so Sara nampak perfectly matte! yay!!
then Sara ada review beberapa pelembap muka khas untuk kulit muka berminyak.
and i found this:





moisturiser ni best sangat!! nie lah pelembap muka untuk kulit berminyak
yang terbaik !! Sara bagi 8 stars out of 10. harga dia Sara lupa sebab
hari ni dah masuk sebulan Sara beli. dah sebulan Sara pakai.
harga tak sampai RM30 pun. Sara beli kat Guardian dan Sara percaya
Neutrogena Oil-Free Moisture nie available kat serata Malaysia.


walaupun kulit kita brminyak, kulit kita perlukan pelembap tau, penting!
sebab pelembap bagi air kat muka, bukan minyak. kalau kulit kering tak cukup
air, muka akan cepat kedut. ha! semua orang taknak muka berkedut cepat.
tapi, kena pilih pelembap yang sesuai dengan muka berminyak kita, sebab
kebanyakan moisturiser/pelembap, diorang ''oil-based'' tapi kita perlukan
yang ''water-based'' punya.. kita nak bagi air kat muka, bukan minyak ye.


Sebulan dah Sara pakai pelembap Neutrogena, tapi first time Sara
sapu kat muka, terus nampak kesan positif tau!





Ya!! baru sapu dah nampak kesan. dia cepat serap, jadi dah boleh terus
pakai bedak. lepas tu muka Sara dah tak kilat dah.
selalu nyer tengah hari je, dah berminyak..tak payah tunggu petang la.
sekali pump je, sapu kat MUKA dan LEHER. kalau nak muka je, pump separuh.
moisturiser ni sebenarnya untuk combination skin.
iaitu berminyak di T-zone, kering di U-zone.
moisturiser ni control minyak di kawasan T-zone, dan lembap kan U-zone.
double action lah, tu pasal ladies kena ada benda ni :)


Okay thats all for now, Sara akan tulis banyak lagi review pasal
health products yang Sara pakai. but don't worry,
products yang Sara tulis kat sini semua available kat Malaysia,
dan harga tercapai dek akal la. hehe. Sara student je, kena pandai
pilih barang yang berkualiti dan murah. see you next time

Wednesday, December 28, 2011

Kulit Muka yang Sangat Tak Sihat

Assalamualaikum,
Haiii... Sara baru balik dari vacation ke Pulau Pangkor.
err bukan baru balik, i mean beberapa hari lepas.


Best la Pulau Pangkor, rasa nak pergi lagi.
next time la Sara pergi lagi and Sara teringin nak share some photos
masa Sara dekat sana.. sebab nie la pertama kali Sara snorkeling!
best sangat, tak pernah pun terfikir snorkeling sangat seronok.
but most photos Sara freehair lah, so tak boleh share.


Okay back to the topic, tahun 2011 ni adalah tahun Sara comot,
hahahahahaha mana tak nyer, Sara sangat-sangat tak sempat nak pergi
drug stores beli barang-barang best.
semua pakat pakai kakak Sara punye, make-up pun yang lama punyer.
sebab tahun ni Sara SPM, so most of time focus on study but not health care.
tahun ni jugak banyak kali Sara sakit. sangat COMOT.





Waktu cuti nie, baru Sara perasan that my face had lost all its shine!
no no no no healthy face, more to oily. YUCK
i see memang muka Sara berminyak sangat-sangat.
sebelum nie mana ada mase nak belek-belek muka.
so Sara ada la review some products on market yang ramai orang suggest.
banyak web Sara search.
sebab Sara nak tau brand apa yang akak-akak cantik selalu pakai
untuk muka diorang yang sememang nye cantik tuh.
esok nak pigi Guardian, cari barang best!

Tuesday, December 20, 2011

Hey people. Haha

Assalamualaikum..
Lama tak blogging kan? since awal tahun. buzy la kot?
haha konon-konon study untuk SPM la kan.
wei aku dah lupa nak pakai blog ni.
dulu aku malas blogging sebab takda komputer sendiri.
but lepas dapat netbook 1 Malaysia ni (konon-konon kongsi 1 family padahal aku kongker sorang) aku MAKIN malas blogging.
hah dah malas tu malas la kan tak boleh kata ape dah.


So cuti sekolah lepas SPM ni aku bosan so aku blogging jelah.





Errr..teruk sangat ke idea aku untuk blogging tu?
cam teruk je. okay jangan gelak. byee

Saturday, May 7, 2011

Me Only

I knew something.
hati nya sangat sensitif sehinggakan kata-kata yang
MUNGKIN sekadar gurauan menjadi kata-kata yang sangat mendalam bagi dia.
di tegaskan di sini, watch your mouth!!! hati orang kita tak tahu,
derita orang kita tak tahu. bukan aku backup dia, cuma aku rase dia perlu sokongan aku.


Aku betul-betul tak sangke dalam dunia nie wujud orang-orang macam tu.
termasuk a soft-looking girl, H. H, you are sooo cruel.
moral we can learn here, don't judge a book but its cover.
ingat kan lembut sangat rupe-rupe nye hati dia Tuhan saja yang tahu?
i thought we can be friends? but sekarang, dah tak mau.


Sejak akhir-akhir nie blog aku jadi blog yang mood die
cam jiwang. tapi tak pelah, korang jangan kate la jiwa korang
RnB ke pop ke rock ke pape lah! sebab kalo korang sedih
(kenemarah,gaduhdenganpakwe/awek,kucingmati,takdapatnetbook,opsss)
korang akan berjiwangan juga, kan? so, jiwang untuk semua.


For the person, may Allah bless you. We miss you. Maybe come home is
not a good idea so you have to be strong. I can hear you miss your mum a lot.
Pray for her is the best way to show your love to your mum in this Hari Ibu.
Even when your not around her. be strong

Thursday, February 3, 2011

I Can See Deep To Your Heart






Sampai aku lihat wajah itu.
Satu hari, aku lihat wajah kau yg menoleh ke kanan,
mengelak aku dari melihat
betapa...........
suramnya wajah meninggalkan sesuatu yg
diagung-agungkan selama ini.
dan kau memandangku lantas tersenyum.
aku faham perasaan kau,
arus dunia memaksa kau meninggalkan jiwa kau sendiri.


sampai bila-bila pun, aku tau...
kau sangat teringin untuk bermain lagi.



Monday, December 13, 2010

Part Time Job I Did

Assalamualaikum,
Hye semua... aku baru je baiki blog aku yg huru hara sebelum nih.
give a new look la kate orang kan, heheh!


Hurm actually i realise something lately..
yet missing something.
akhir bulan November lepas, aku ade cari kerja..
kerja kedai topup.
perghhh, bosan giler gua kasi tau..
bukan tiap mase customer datang..
dudok termenuuuung je..
tunggu customer datang (bunyi lain macam).
dengan dudok dalam eykon (air conditioner) yg 16 darjah celcius.
mau aku mati beku dalam tuh! hish.....
aku belum SPM dh mati, NAYA.
Konklusi nyer, that job is really ridiculous.. sorry to say that..
huh, but i'm start to miss Chi Zui......and his little brother yg CUTE.
take a look down here.. he's Chi Zui









dia nih anak tauke tempat aku keje tuh..
nakal giler... mummy dia selalu ajar die 1,2,3
haha kadang2 aku nk gelak je sebab dia nih selalu kena rotan ngan
mummy die.. sebab selalu kacau adik dia nih..
take a look at his brother, Chi Ang














believe me, he's super cute.. dia takk reti bercakap..
tapi dia reti cakap 'kakak' and 'good' aje..
lagi satu, reti cakap 'go go go' mase die dengan abang die
tengok cerita Ultraman dalam laptop..
(Chi Zui pandai guna laptop)
setakat ni, tu jela perkataan yang pernah aku
dengar keluar dari mulut dia.
yang laen, coming soon. haha.


satu malam, Chi Zui tunjuk buku lukisan dia kat aku..
dia lukis orang, mummy dia, papa dia, nanny dia, kak ena,
and ramai lagi yg aku takk kenal... and dia cadang nk lukis aku....





percaya atau takk, aku sempat snap mase dia tengah lukes tuh.
atas nie la gambar nyer...
tapi lukisan tuh aku lupe nak snap,
gembira sangat layan dia... its sweet u know!
aku pun ade ajar dia lukis star, lukis ben 10, batman, ultraman,
and ape ntah. ape yang dia kate selepas tu tersangat la sweet..
Chi Zui says, you pandai lukis meyyhh..
hehe thanx, boy.


Chi Ang pulak takk ade ape-ape yang special antara
aku dengan dia..
juz best layan dia.. dia takk reti thumbs up..
kalo kita sebut GOOD, kite mesti thumbs kan? macam nih





tapi si Chi Ang nih, dia takk reti...
dia wat macam gambar bawah nih,
sambil jerit GOOOOOOOD!



ahhahaahaaahhhaaahaaaaa... tengok video bawah nih...







the saddest thing is i'll never meet you again,
i know both of you will forget me cuz of your age is too young
to remember someone, but for me forgetting


you two is so far from my mind.
i will miss both of you very
much, Chi brothers.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...