Saturday, January 28, 2012

Cara Mengatasi Masalah Kulit Muka Berminyak + Produk Best

Assalamulaikum ladies.


Sara lupa Sara ada blog. ahaha tu pasal lama tak update. sebulan.
okay hari nie Sara nak cerita pasal moisturiser BEST yang Sara pakai.
ingat tak post sebelum nie, yang Sara kata Sara comot? ahahaha. funny.
um, Sara nie jenis kulit muka berminyak, i mean EXTREMELY OILY.
so kalau petang-petang tu korang ada jumpa Sara, korang akan ingat
Sara ni spotlight/cermin/atau kuali goreng telur. Kecuali gambar bawah ni:





Tu kebetulan Sara stay indoors. so Sara nampak perfectly matte! yay!!
then Sara ada review beberapa pelembap muka khas untuk kulit muka berminyak.
and i found this:





moisturiser ni best sangat!! nie lah pelembap muka untuk kulit berminyak
yang terbaik !! Sara bagi 8 stars out of 10. harga dia Sara lupa sebab
hari ni dah masuk sebulan Sara beli. dah sebulan Sara pakai.
harga tak sampai RM30 pun. Sara beli kat Guardian dan Sara percaya
Neutrogena Oil-Free Moisture nie available kat serata Malaysia.


walaupun kulit kita brminyak, kulit kita perlukan pelembap tau, penting!
sebab pelembap bagi air kat muka, bukan minyak. kalau kulit kering tak cukup
air, muka akan cepat kedut. ha! semua orang taknak muka berkedut cepat.
tapi, kena pilih pelembap yang sesuai dengan muka berminyak kita, sebab
kebanyakan moisturiser/pelembap, diorang ''oil-based'' tapi kita perlukan
yang ''water-based'' punya.. kita nak bagi air kat muka, bukan minyak ye.


Sebulan dah Sara pakai pelembap Neutrogena, tapi first time Sara
sapu kat muka, terus nampak kesan positif tau!





Ya!! baru sapu dah nampak kesan. dia cepat serap, jadi dah boleh terus
pakai bedak. lepas tu muka Sara dah tak kilat dah.
selalu nyer tengah hari je, dah berminyak..tak payah tunggu petang la.
sekali pump je, sapu kat MUKA dan LEHER. kalau nak muka je, pump separuh.
moisturiser ni sebenarnya untuk combination skin.
iaitu berminyak di T-zone, kering di U-zone.
moisturiser ni control minyak di kawasan T-zone, dan lembap kan U-zone.
double action lah, tu pasal ladies kena ada benda ni :)


Okay thats all for now, Sara akan tulis banyak lagi review pasal
health products yang Sara pakai. but don't worry,
products yang Sara tulis kat sini semua available kat Malaysia,
dan harga tercapai dek akal la. hehe. Sara student je, kena pandai
pilih barang yang berkualiti dan murah. see you next time

2 comments:

  1. berape harga moisturizer tu erk?

    ReplyDelete
  2. Nice blog!
    Ingin mengatasi masalah kulit/wajah anda??
    sekaligus menjadi salah satu resller kami??
    temukan kami di

    www.mcidistributor.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...