Saturday, February 25, 2012

Erm. Why I Post This?


Setiap pagi sebelum bersarapan,Tungku Marzi binti Tungku Ismail
akan merebus segenggam manjakani menggunakan periuk tanah.
Apabila rebusan itu mendidih di tuang airnya ke dalam cawan.
Lebihannya direbus semula selama dua jam bagi menghasilkan
pati menjakani yang pekat,yang akan digunakan membersihkan
alat sulit.Selepas mandi,Tungku Marzi menyapu air rebusan
yang telah sejuk itu ke seluruhbahagian muka,lalu dibiarkan
kering sendiri."Emak juga mengajar saya membuat bedak daripada
manjakani.Caranya mudah,asah buah itu pada belakang pasu,
campurkan sedikit minyakzaitun,"tambahnya lagi memulakan cerita
kehebatan manjakani. Menurutnya lagi,selain jerawat tidak akan
tumbuh,kulit menjadi licin."Itulah mekap saya sejak berusia
10 tahun hingga ke hari ini,"tambah TungkuMarzi, yang mesra
dengan panggilan Mak Ungku atau Mama."Sebulan sekali-seminggu
sebelum haid-saya minum segelas airnya.untuk hilangkan
senggugut"tambah Mak Ungku.


Mak Ungku kemudiaan menurunkan amalan itu kepada
semua anak perempuannya.Hasilnya bukan saja dia tampak
muda berbanding usia,bahkan semua anak perempuannya
awet muda belaka.Selepas mendirikan rumah tangga,
Mak Ungku mengubah aturan-minum air manjakani segelas pagi
dan segelas petang,tiga kali seminggu.
"Lebih elok lagi manjakani yang direbus tadi tidak
dibuang,sebaliknya jadikan ulaman.Khasiatnya untuk menegang
dan mengetat mana-mana yang longgar,"kata Mak Ungku.
"Ramaiisteri hanya tahu manjakani untuk yang satu itu,
tapi sebenarnya banyak lagi gunanya.ia menjadikan kita sentiasa
awet muda,silap-silap kalah anak dara,"terang Mak Ungku sambil ketawa terkekeh-kekeh.Menurut Mak Ungku,manjakani adalah anugerah berharga buat
wanita terutamanya untuk menjaga keharmornian rumah tangga,
selain ubat pelbagai sakit puan seperti keputihan,senggugut,
tiada keinginan seks dan banyak lagi.Mak Ungku mengaku,
kesan manjakani memang dapat dirasai dengan cepat,
berlainan herba tradisional lain yang mempunyai beberapa
kesan sampingan.Bahkan semakin kerap diamalkan
semakin banyak dan cepat kesannya.


Namun begitu,menurut Mak Ungku,semasa remaja penggunaannya agak
terbatas."Anak dara tak boleh minum airnya sesuka hati,
ditakuti mandul."Manjakani menyempitkan yang longgar.
Kerana itulah semasa belum berumah tangga,ia digalakkan
untuk kegunaan luaran sahaja,"tambah Mak Ungku lagi.
"Tapi untuk tujuan perubatan seperti merawat keputihan,
senggugut dan membetulkan putaran haid dibolehkan anak dara
mengambilnya,itu pun hanya sebulan sekali.
Airnya pula janganlah pekat sangat,cairkan sedikit,"terang Mak Ungku.

Thursday, February 16, 2012

Saya Anak Malaysia

Assalamualaikum.


Sara tak boleh tidur malam tadi. susah nak lelapkan mata.
teringat macam-macam yang ada kat facebook tadi. antara nya
pasal politik Malaysia yang aku sayang ni. dulu aku merungut,
kenapa aku duduk Malaysia? bukan ada ape pun, aku nak salji!!
rupa nya tanah bertuah yang aku benci ni la antara negara yang sangat
aman dalam globe dunia pada hari ni. betul kata orang, selagi kita tak pernah
susah, macam mana kita nak hargai kesenangan. kata-kata yang bagus.


Kalau kita perasan, dekat facebook ada tanya pasal ''political view''
kan? kebanyakan remaja isi ''aku tak peduli'' atau ''ape tu?''
atau ''hal orang-orang tua je'' atau ''malas amik tahu'' and everything.
mostly teenagers. for me, Sara kosongkan je (aku pun tak peduli)


Sara masuk group random kat facebook, ada seorang abang ni meluahkan
betapa kecewa nya dia terhadap anak-anak muda sekarang yang tak amik
tau pasal pentadbiran negara. padahal mereka-mereka ni lah pelapis
negara. we always think yang politik-politik ni hal orang-orang
dewasa dan orang-orang tua. politic has nothing to do with teenagers.
bila Sara pikir balik, semua orang akan jadi dewasa kan? so...
Sara kena start amik tau benda-benda ni semua. Sara taknak jadi
anak muda yang tak tau apa-apa, tak amik tau pasal negara sendiri.


Tapi apa yang Sara tengok, politik memang banyak gaduh-gaduh.
Sara bace setiap patah perkataan yang rakyat kita luahkan dekat internet
pasal pegangan politik diorang. sedikit-sebanyak dapat buka minda Sara
pasal apa yang sedang berlaku dalam politik cuma diorang gaduh
walaupun setiap pihak betul, cuma lain-lain pandangan.
yang salah adalah cara. timbul yang buruk sikit dah melenting.
dan pergaduhan tu berpanjangan entah sampai bila. akhirnya?
anak muda semakin malas nak ambik tau pasal politik.
Sara teringat Matlutfi dalam video dia ''Lalang''
patut ke kami terus kosongkan jiwa kita?

Wednesday, February 15, 2012

Dapatkan Kulit Muka yang Cerah + Produk Best

Assalamualaikum you all.


Hai.. hari nie Sara penat sangat la sebab banyak kerja rumah
nak settle kan. i mean house chores, bukan homework. hehe.
berpeluh-peluh sampai baju pun kena tukar, eww.
lepas tu terus lepak bilik tak keluar-keluar. online sahaja. ugh.


Tadi ada jugak try masak-masak hehe. tapi spoil la, bila Sara
rasa nak masak, mesti bahan tu takde. so jangan la kata Sara pemalas
masak tau, statement kejam tuuuuuuuu. ahahahahaha. kidding-kidding.


Well hari ni Sara nak share sikit barang yang Sara sapu kat muka
untuk kulit yang cerah. but, Sara tak kate la muka Sara cerah sangat.
Sara ni coklat. ramai orang tak berpijak di bumi yang nyata tau.
kalau kulit badan natural warna coklat, takkan la bahagian muka
boleh jadi putih macam Nora Danish. melainkan produk korang guna ada
peluntur/bleach yang melunturkan warna kulit korang kaw-kaw punya.
so maksud Sara kat sini ialah muka Sara dah tak berbelang lagi
disebabkan pemakaian tudung. warna kulit muka sama la dengan warna
kulit kat leher, gitu lah yang seeloknya. bukan muka putih melepak
badan tak cerah. salah tu. boleh cancer kulit tau.






Ni la dia produk pencerah yang Sara pakai sekarang. alah femes la brand die.
actually dulu-dulu nie jela yang ada pun. still bertahan kat Malaysia ni.
siap ada packaging baru lagi. still can go la.
dulu-dulu waktu lepas akil baligh (ehem) ade la jugak terasa nak
pakai benda-benda kat muka. Sara selalu beli Fair & Lovely trial pack aje.
ahahaha. dah abis, beli trial pack lagi. senang nak sorok, takot mak marah.


Dulu-dulu Sara sapu lepas mandi laut, sebab kulit jadi gelap kan?
memang best Fair & Lovely ni, kesan die cepat. cuma dah lama tinggal.
sebab pemalas. sekarang si comot ni dah sedar, baru nak terhegeh-hegeh
cari Fair & Lovely. nak putih sikit ler. sebab ada kawan mak cakap,
''jangan berjemur sangat, nanti harga turun'' aih makcik ni, takot aku tau.
Sara cuma grab Fair & Lovely ni sebab dulu Sara pakai, berkesan. sekarang
insyAllah la kesan positif jugak nanti. harga pun murah je bawah RM10.
yang penting takde peluntur/bleach yang boleh undang cancer.





Well produk hari ni Sara tak ulas banyak. brand femes.
(mood berubah) bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...